Dalam plastik ni hospital bagi ubat tahan sakit level 1 dan level 2, gigi yang dah dicabut, dengan dental gauze dan ubat kumur
gigi yang telah dicabut
Mula2 rasa sakit
Mula2 tu gusi aku tiba2 je bengkak lepas aku makan nasi ayam penyet. Nasib baik tak sakit sangat tapi tak boleh nak makan lah sebab mula2 bengkak belah kiri. Lepas tu, aku pun mengunyah guna geraham belah kanan lepas tu lama2 geraham belah kan pun bengkak jugak adoi. So sekarang dah dua2 belah bengkak huwaa.
Dentist UIA
So aku pun pergi lah klinik UIA. Dentist aku tu wanita indonesia baik je dia cakap "wani... awak kena cabut gigi bongsu awak ni... sementara nak tunggu nak cabut awak kena make sure gigi tu bersih.... sebab kalau gosok gigi macam biasa tak sampai berus gigi kat gigi bongsu sebab ruang kat hujung tu sempit... so awak pergi dekat klinik gigi kerajaan dapatkan surat rujukan ke hospital selayang ya...".
Klinik gigi kerajaan
Aku ajak mak aku pergi. Untuk pesakit luar pukul 2 so pukul 1 aku dah pergi, Beratur dalam 30 minit lepas tu daftar and then jumpa dentist and then dentist akan bagi surat rujukan untuk bawa ke hospital Selayang.
Hospital Selayang first time
Sampai2 tu pergi dekat bahagian mulut dekat tingkat 4 lepas tu daftar lepas tu tunggu lah macam biasa smpai dentist panggil. Masuk dalam mula2 kena buat x-ray lepas tu dentist akan tunjuk hasil x-ray and tanya sakit kat mana apa semua lepas tu dia tanya kita nak buang tak gigi bongsu tu.
Mula2 aku ragu2 juga sebab dia kata ada risiko iaitu kalau terkena nerve kita akan rasa kebas tak berhenti kat bahagian mulut kita tu tapi risiko tu 1 dalam 100 so aku decide buang je lah sebab aku dah google semua kalau kita tak buang gigi bongsu yang kita tak akan guna tu nnti mungkin bagi kesan buruk kat gigi lain.
Nurse tanya bila tarikh aku available untuk datang untuk cabut gigi bongsu. Masa tu aku pilih satu tarikh tapi masa seminggu lagi nak pergi tu aku tengah final exam. So, aku call balik hospital Selayang untuk tukar tarikh. Nurse kata boleh siap wish good luck lagi. Dia kata nnti bila dah habis exam call balik ambil tarikh baru.
Bila start cuti sem aku call hospital Selayang untuk dapatkan tarikh appointmentbaru. Mula2 nurse bagi tarikh next week. Tapi, dalam pukul 3 hospital call kata ada slot petang esok hush berdebar tapi sebab nak settle awal2 aku pun setuju
D-day Hospital Selayang
Keesokan harinya aku pergi hospital aku pun baca2 lah kat google ada bagi tips pakai kool fever lepas cabut tu lepas tu balik rumah terus makan ubat tahan sakitt, Siapa suka sakit kan? so aku pun ikut tips2 tu supaya tak sakit.
Sampai hospital macam biasa ambil nombor daftar dan bayar selalu nya rm5 kalau appoinment biasa tapi sebab cabut gigi bayaran rm53 lepas tu ambil nombor lagi sekali dan tunggu untk masuk.
Dah masuk tu dia suruh duduk dulu atas kerusi dentist dan tunggu so sementara tunggu aku tengok cerita crash landing on you huhu and nurse suruh aku pakai ni
spek mata and kat atas kepala tu bukan filter tau tu mmg kena pakai
Lepas tu doktor sampai mula2 kena bius dengan ubat kebas dekat bahagian gusi lepas tu dotor cakap "awak patut rasa tekan2 je tau tak patut rasa sakit yang macam kena pisau kalau sakit gerak tangan bgitahu" lepas tu doktor and seorang lagi doktor start lah operasi lebih kurang 45 minit kot lepas tu selesai aku pun balik ubat kebas tadi tahan dalam 2 jam mmg tak rasa apa dalam masa 2 jam tu.
Lepas smpai rumah terus makan ubat tahan sakit lepas tu tampal kool fever and tidur je nasib baik sebelum operation dah solat zohor sambil kat gigi tu gigit dental gauze sebab doktor kata kena gigit selama sejam untuk hentikan pendarahan
After operation
Esoknya pipi memang dah bengkak. lHari ke tiga pun tak surut lagi so aku pun macam alah kenapa ni. So, aku call hospital selayang tanya tapi doktor kata kalau tak surut lagi tu normal biasanya lepas seminggu baru betul2 surut so aku pun relax je lah.
Waktu gosok gigi kena pakai ubat kumur hospital bagi tapi tak sedap sangat so aku pun guna lah listerine lepas guna ubat kumur tu sedap sikit rasa ubat kumur listerine fresh je
A week after operation
Lepas seminggu ada appointment untuk cabut benang so kena pergi balik hospital selayang cabut benang. Now, everything back to normal nantihospital akan call untuk bagi tarikh untuk cabut gigi sebelah lagi pula.




Comments
Post a Comment